Wednesday, August 29, 2007

Merdeka! Merdeka! Merdeka!













Sekitar sambutan kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Sentol Patah yang dirasmikan oleh Guru Besar En. Mohd Zaki bin Harun








Monday, August 20, 2007

Sajak Kemerdekaan

Bebas, Aman, Merdeka

Di bumi ini,
Lahirnya lagenda,
Di bumi ini,
Lahirnya pahlawan,
Bahaman, Mat Kilau,
Tuk Janggut, Abd Rahman Limbung.

Merekalah nadi,
Merekalah jantung,
Merekalah ruh,
Mereka nadi kepada kebebasan.
Mereka jantung keamanan.
Mereka ruh kemerdekaan.

Kita,
Warga yang nikmati hasilnya,
Betapa manisnya, indahnya, beretinya,
Hasil perjuangan itu,
Tiada bandingan dan tandingan.

Marilah,
Kita isi hasil perjuangan itu,
Dengan jati diri yang kukuh,
Dengan nilai insan yang utuh,
Supaya kita tidak mudah jatuh,
Terlena dengan ulikan musuh.

Kekalkanlah kebebasan ini,
Teguhkan keamanan ini,
Supaya Malaysia,
Terus MERDEKA,
MERDEKA MERDEKA dan MERDEKA.

Sajak Hasil Nukilan Murid Tahun 6

Sajak Anti Dadah

Indahnya

Malaysia,
Negaraku yang merdeka
Negaraku yang aman,
Negaraku yang makmur,
Negaraku yang maju.

Tapi,

Negara ini akan lebih merdeka
Jika tiada penagih dadah,
Musuh yang lesu,
Menyerang dalam senyap,
Yang bisa memusnahkan pengisian wawasan,
Kemerdekaan yang telah lama dirasakan.

Negara ini akan lebih aman
Jika lenyap dadah dari pengedaran,
Ketua perancang segala kemusnahan,
Kepala bala kehancuran,
Yang meruyupkan keamanan,

Negara akan lebih makmur,
Jika hilang penyeludupan,
Punca keretakkan perpaduan,
Ibu yang meruntuhkan akal dan pertimbangan,
Punca berkuburnya kemakmuran,

Negara ini akan lebih maju,
Jika tiada estacy, kokain, shabu,
Morfin, heroin,
Lenyapnya penagih,
Hilangnya pengedaran,
Hapusnya penyeludupan,

Oleh itu,

Bangkitlah semua warga,
Indahkan lagi kemerdekaan ini,
Penuhkan erti keamanan ini,
Cukupkan kemanisan kemakmuran ini,
Sempurnakan isi kemajuan ini,
Demi negara yang bernama Malaysia.


Hasil Nukilan Murid Tahun 5

Wednesday, August 15, 2007

Sukaneka Pra Sekolah







Pada 15 Ogos 2007, Sekolah Kebangsaan Sentol Patah telah menyertai acara Sukaneka Pra Sekolah Daerah Marang. Sekolah Kebangsaan Sentol Patah Mempunyai 15 orang murid Pra Sekolah yang dikendalikan oleh Guru Pra Cik Zulraituakma dan pembantunya Pn. Zaidatul Akmam.

Monday, August 13, 2007

Bulan Merdeka




Sempena menyambut Bulan Kemerdekaan negara yang ke 50, pelbagai aktiviti yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sentol Patah. Antaranya memasang bendera Jalur Gemilang di kawasan sekolah. Sekolah juga telah mengadakan perasmian Bulan Kemerdekaan pada 13 Ogos 2007 dan dijangkakan akan mengadakan Hari Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah pada 30 Ogos 2007 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sentol Patah.

Sunday, August 12, 2007

Murid Target 5A UPSR
























Seramai 7 orang murid yang dijangka akan mendapat keputusan 5A dalam UPSR 2007.
1. Mohd Faiz Fitri bin Idris
2. Siti Nor Solehah binti Marzuki
3. Nuruasliza binti Din
4. Wan Nur Najihah binti Wan Bakar
5. Nur Majidah binti Malik
6. Nurul Najihah binti Harun
7. Fatin Shahirah binti Zaharun




Kem UPSR 2007




Seramai 37 orang murid tahun 6 dan 4 orang dari tahun 5 telah menyertai Kem UPSR 2007 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sentol Patah pada 9 Ogos 2007. Penyertaan dari murid tahun 5 adalah bertujuan memberi pendedahan awal tentang UPSR kepada murid target untuk UPSR tahun 2008.

Monday, August 6, 2007

Senamrobik 2007







Sekolah Kebangsaan Sentol Patah telah mengadakan aktiviti senamrobik pada 21 Julai 2007. Senamrobik ini disertai oleh semua murid dan guru Sekolah Kebangsaan Sentol Patah. Matlamat aktiviti ini adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan warga SKSP.

Gotong Royong Perdana SK Sentol Patah







Pada bulan Jun 2007 telah diadakan gotong royong perdana di sekolah ini. Penglibatan dari murid, guru-guru, ibubapa dan perkerja sekolah telah berjaya mencapai matlamat yang dihasratkan.

Perkhemahan SK Sentol Patah 2007








Perkhemahan ini telah diadakan pada bulan Mei baru-baru ini. Seramai 100 orang pelajar telah memnyertai perkhemahan tersebut. Mereka ini terdiri dari unit beruniform Pengakap, PBSM dan Puteri Islam.

TERIMA KASIH

SEMOGA ANDA MENDAPAT ILMU DARI BLOG KAMI