Saturday, September 8, 2007

Merdeka Lagi

Selasailah sudah peperiksaan UPSR, maka merdekalah murid dari segala beban yang ditanggung selama ini. Namun pelajaran perlu diteruskan. Pelbagai program dan aktiviti telah dirancang khas untuk murid tahun 6. Antara aktiviti yang akan dibuat ialah lawatan sambil belajar, permainan dalam bilik darjah, kuiz, sukan, projek khas tahun 6 dan sebagainya.

Saturday, September 1, 2007

Mohon Restu

Upacara mohon restu ilmu dan kemaafan dari guru sempena peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2007, UPSR yang akan bermula esok 3 September 2007. Seramai 36 orang murid Tahun 6 SK Sentol Patah akan menduduki peperiksaan itu.

TERIMA KASIH

SEMOGA ANDA MENDAPAT ILMU DARI BLOG KAMI